Assalamualaikum...
Hai semua !!
Lama tak jumpa kan ??
Ok , tengok tajuk 'salah kami kee ??'... apa yang salahnya ? Hehe . Ini disebabkan oleh keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) aku yang tak berapa nak memberangsangkan . Mau pulak abah aku datang Interaksi Waris hari tu . Dapat tau ja result tu kat mak aku , apa lagi...Dia pun membebel laa...cakap tahun depan nak SPM laa , apa laa...macam-macam laa...
But mummy , mak ingat adik nak ka dapat resultt camtu...sapa pun tak mau tapi apa boleh buat . Dah rezeki Allah bagi setakat tu saja . Memang la bergantung usaha jugak . Tapi kami pun manusia jugak . Kalau mak pernah buat kuih tak jadi , samalah dengan kami , tak semestinya kami akan selalu dapat A saja...
Jadi , wahai ibu2 bapak2 kepada anak2 sekalian , tolong la jangan la marahkan anak2 , sepatutnya sebagai ibu bapa lah kita harus sentiasa menyokong anak2 , bagi kata2 semangat dan bukanlah membebel dan merungut dengan keputusan anak2 yang kurang memberangsangkan . Kerana ianya hanya akan menambahkan beban lagi buat anak2..Dah la result tak bagus , kena marah pulak dengan mak ayah...
Ini saja yang aku nak kongsi hari ini .
Selamat maju jaya !
Dan semoga berjaya dunia akhirat....Berusahalah kerana ramai yang mengharapkan kita...
Ingatlah walau apa pun yang terjadi , Allah ada bersama kita !!
Assalamualaikum :)
Eyda Yatie :)






0 cahaya:
Post a Comment